Monday, November 14, 2011

Syarat dan Peraturan

1. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori.
(i) Layar Satria: Kumpulan lelaki                  (ii)Layar Srikandi: Kumpulan wanita

2. Konsep bagi pertandingan ini adalah Dikir Singapura.

3. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai anggota tidak kurang dari 16 orang dan tidak melebihi dari 22 orang. Ini termasuk Juara, Tukang Karut, Pemain-pemain alat muzik dan Awak-awak.

4. Setiap kumpulan hanya diberi masa 12:30 minit sahaja. Persembahan yang melebihi masa 12:31 minit keatas akan ditolak 10 markah.


5. Setiap kumpulan diwajibkan mengikut aliran lagu-lagu dikir persembahan yang bermula dengan lagu juara, karut yengki, karut Kelantan, karut Patani, karut matang & lagu penutup. Tambahan pada lagu matang diterima. Karut moden dan medley tidak diterima.

6. Lagu penutup diwajibkan mengikut rentak irama Wau Bulan.

7. Pembukaan/Intro digalakkan tetapi tiada markah tambahan akan diberi.

8. Penggunaan set pentas atau props tidak dibenarkan semasa persembahan mahupun pembukaan.Jikalau aksesori ataupun sebahagian daripada pakaian digunakan untuk pergerakkan pentas, fungsinya dianggap sudah diubah menjadi set pentas maka markah akan ditolak dalam bahagian kesenian.

9. Lagu ciptaan asli bagi lagu juara adalah satu kewajiban. Markah untuk bahagian Lagu adalah sifar sekiranya lagu yang dipertandingkan bukan lagu ciptaan asli.  Lagu dianggap tidak asli sekiranya pihak penganjur dan pengadil mendapati seni lagu yang dipersembahkan pernah dinyanyikan oleh kumpulan dikir barat setempat atau luar negara.

10. Alat-alat utama dikir barat iaitu rebana ibu, rebana anak, gong, canang, marakas dan tambourine diwajibkan. Alat muzik tradisional dibenarkan dan markah tambahan akan diberi berdasarkan kreativiti yang diketengahkan..

11. Senikata juga haruslah ciptaan asli. Jikalau sesebuah kumpulan itu didapati menggunakan senikata yang pernah dipertandingkan atau digunakan di dalam mahupun luar negara, maka tiada markah akan diberikan dalam pengadilan senikata.

12. Kumpulan hanya diwajibkan menghantar salinan senikata untuk bahagian juara.

13. 6 salinan senikata (bahagian juara sahaja) harus dihantarkan ke Kompleks Masyarakat Tampines Central pada hari Sabtu, 10 Disember dari pukul 5 petang hingga ke 8 malam. Penghantaran seni kata yang lambat akan dikenakan pemotongan markah berdasarkan:
•selepas pukul 8malam, 10 markah                                          •selepas satu hari dan seterusnya, 20 markah
Senikata harus dihantar terus kepada ahli Jawatankuasa Layar Citra Dikir 2012 dan bukan kepada Kompleks Masyarakat Tampines Central mahupun individu lain.

14. Kelonggaran diberikan bagi memakai samping mengikut kesesuaian pakaian bagi setiap kumpulan.

15. Cabutan nombor persembahan akan diadakan pada hari taklimat, 13 November 2011. Tarikh penutup penyertaan adalah 10 Disember 2011. Nombor urutan persembahan bagi kumpulan yang lewat mendaftar akan didahulukan.

16. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan yuran penyertaan sekiranya berlaku penarikan diri.

17. Deposit yuran penyertaan sebanyak $20 perlu dibayar pada hari taklimat. Baki $98 boleh dibayar selewat-lewatnya pada hari penghantaran senikata.

18. Setiap kumpulan wajib membeli & menjual 20 tiket dan yuran tiket harus dibayar pada hari penghantaran senikata.

19. Alat rakaman video tidak dibenarkan di dalam dewan sewaktu pertandingan.

20. Pihak penganjur tidak akan menanggung segala urusan kenderaan, makanan dan minuman para peserta.

21. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan, kehilangan atau apa sahaja insiden semasa menyertai pertandingan ini.

22. Setiap kumpulan harus menghantarkan senarai nama-nama anggota: Tok Juara, Tukang Karut, Pemain-pemain alat muzik dan Awak-awak pada hari pertandingan.

23. Setiap kumpulan mestilah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam pertandingan ini.

24. Pihak penganjur berhak menambah atau mengubah syarat penyertaan jika perlu.

25. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan daripada orang perseorangan atau kumpulan tidak akan dilayani.

26. Hadiah-hadiah bagi Layar Citra Dikir 2012:

(i) Kategori Layar Satria
Tempat Pertama + 22 piala individu + SGD2000
Tempat Kedua + 22 piala individu + SGD1500
Tempat Ketiga + 22 piala individu + SGD1000

(ii) Kategori Layar Srikandi (sekiranya ada lebih dari lima kumpulan wanita bertanding)
Tempat Pertama + 22 piala individu + SGD800
Tempat Kedua + 22 piala individu + SGD600
Tempat Ketiga + 22 piala individu + SGD400
(iii) Piala Khas Individu
(piala dan wang tunai $100)
Juara Terbaik
T. Karut Terbaik
Paluan Terbaik
Awak-awak Terbaik
Kesenian Terbaik
Senikata Terbaik
**Lagu Terbaik (piala sahaja)

Jikalau ada pertanyaan, anda boleh mengemel kami di kelanapurba9590@gmail.com atau hubungi  Saudara Amin di 8249 7590 atau Faisal di 9880 1076.  

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates